About

Tentang A.S.M


A.S.M atau Ayam Sabung Malaya adalah merupakan sebuah blog yang mewakili kami sebagai penternak, pembiak serta peminat ayam sabung atau ayam siam. Kami memulakan usaha ini sekitar tahun 2010. Pada masa itu kami hanya membiak ayam sabung atas sebab minat kepada spesis ayam yang segak dan megah ini. Namun setelah beberapa bulan ladang mini A.S.M  ini mula dikunjungi oleh peminat atau penggemar ayam sabung dari sekitar kawasan ini. Kami sering bertukar ilmu dan pengalaman disamping berjual beli. Bermula dari aktiviti itu kami mewujudkan blog ini untuk mengembangkan aktiviti itu himgga ke hari ini. Alhamdulillah... Sehingga ke masa artikel ini ditulis kami masih berusaha untuk memperbaiki persembahan blog ini serta mempelbagaikan lagi koleksi baka dan produk kami.
batang kaki saigon atau ganoi

Pada masa ini, A.S.M  beroperasi di Bukit Besar Alor Setar Kedah. Ia merupakan sebuah mini farm yang menjalankan aktiviti pembiakan ayam sabung untuk tujuan jualan. Kami membiak beberapa jenis baka ayam sabung seperti ayam hujung, ayam batang kaki serta ayam taji ori. Setakat ini kami sedang giat membiakkan ayam batang kaki yang terdiri dari baka saigon, pama, batang kaki 2 d serta batang kaki 4 d.
batang kaki pama lau atau pama iq

Misi utama A.S.M  ialah mengeluarkan baka ayam sabung yang baik serta setanding dengan ayam yang dikeluarkan oleh negara jiran. Namun saya akui usaha menjayakan misi ini bukanlah kerja yang enteng atau mudah. Sehingga ke hari ini misi ini boleh dianggap berjaya untuk baka ayam hujung kami. Usaha masih giat dijalankan untuk memperbaiki baka ayam yang kami keluarkan. Ini kerana seperti anda semua tahu, setiap breeder akan berusaha menghasilkan baka yang lebih baik setiap hari di seluruh dunia. Jadi tidak bijaklah jika kami atau kita semua mudah berpuas hati dengan hasil hari ini tanpa mahu berusaha untuk memperbaikinya. Mungkin hari ini baka kita yang terbaik tetapi esok atau lusa akan wujud baka lain yang lebih baik. Itulah lumrah pembiak atau breeder ayam sabung.
batang kaki pama bangkok saigon  trat

dahulu ayam tanah air kita pernah mengalahkan ayam siam negara jiran... Namun disebabkan orang tua kita mudah berpuas hati serta terlalu bangga dengan baka masing-masing, mereka terlupa untuk menambah serta memperbaiki baka mereka sehingga kita selalu kalah di arena sabumg terutamanya di negara jiran. Sehubungan itu A.S.M  senantiasa berusaha untuk memajukan baka sabung tanah air untuk kita semua.

Wasalam...