JURNAL 2 ( Suatu Pengalaman )
Setelah
beberapa minggu aku dan rakan-rakan mencari ayam untuk projek ini, barulah kami
sedar yang bukannya senang untuk mencari baka ayam yang berkualiti.
Tambah-tambah lagi kami tidak mempunyai pengalaman langsung dalam perihal ayam
sabong ni. Masing-masing hanya berbekalkan ilmu yang kami dapati dari cerita
orang. Sesetengah dari orang ni pula tak pernah terlibat langsung dalam dunia
ayam sabong, mereka pun dengar cerita orang juga. Disebabkan itu,
bertambah-tambahlah kesalahan aku.
Kesalahan
atau kesilapan yang paling ketara ialah aku tak tahu ayam yang macam mana aku
nak. Bila aku berurusan dengan pembiak ayam ketika urusan membeli ayam aku
sering ditanya, nak ayam yang macam mana?, ayam batang kaki atau ayam hujung?,
nak bulu macam mana?, nak saiz A,B atau C? dan macam-macam soalan lagi yang
cukup untuk membuatkan aku tersengih macam kerang busuk. Bukannya apa,
tersengih sebab lucu dengan kecerdikan diri sendiri, realitynya….aku tak faham
langsung apa yang mereka tanya.
Setelah
dua tiga kali aku menghadapi situasi yang sama, aku sedar aku perlu bertanya
pada orang yang lebih arif tentang ayam sabong. Aku pun mulalah mencari
otai-otai ayam sabong untuk menimba ilmu dan pengalaman dari mereka.
Semasa
proses ini, sedikit demi sedikit aku mula faham tentang ilmu asas ayam sabong.
Sebagai contoh, apa yang dimaksudkan ayam batang kaki (ayam yang hanya memukul
pada kawasan pangkal leher hingga kepala dan pukulannya sangat kuat) dan apa
yang dipanggil ayam hujung (ayam yang memukul di semua tubuh badan ayam dan
menggunakan taji buatan seperti pisau atau besi). Aku juga mula faham tentang
kategori saiz ayam iaitu A (4.0kg keatas), B (3.0kg – 3.9kg) dan C (2.9kg ke
bawah). Ini adalah antara pengetahuan yang aku dapat, tapi aku tak pasti
kesahihannya lagi. Walaubagaimanapun, pengetahuan ini sudah cukup baik untuk
aku buat masa ini. Aku akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi ilmu aku
pada masa hadapan.
Selepas
aku mendapat sedikit pengetahuan dari otai-otai ini, barulah aku mendapat
gambaran yang lebih jelas tentang selok-belok ayam sabong. Aku juga telah dapat
membuat keputusan tentang ayam yang macam mana aku nak gunakan bagi projek aku,
yang akan aku namakan AYAM SABUNG MALAYA....
Namun…jauh di sudut minda, aku sedar yang usaha ini
bukannya mudah untuk dilaksanakan, apatah lagi untuk mencapai kejayaan. Tetapi
…….seseorang harus melakukannya. Untuk menjayakan wawasan ini aku harus
menyelidik dan menimba segala ilmu pengetahuan yang diperlukan.
Ulasan
Catat Ulasan