Pembaka Batang Kaki Jumbo

Si Tuah Kelabu Jumbo

Berat sehingga hari ini +-  3.8 ke 4.0 kg sekarang
sedang jatuh bulu kali pertama

Genap bulan ni, cukuplah 4 bulan Si Tuah Kelabu menjadi pembaka bagi baka ayam batang kaki di reban ASM. Ayam batang kaki kelabu api yang bersaiz jumbo ini telah berjaya menurunkan lebih kurang 20 ekor anak dengan ibu-ibu batang kaki ASM. So, hari ini aku nak kongsi la sikit pengalaman serta susah payah yang aku alami sepanjang proses mengahwinkan kelabu api ini.

Tulang dan rupa seperti kacukan madagascar
 atau saigon dengan panus
Sebelum aku cerita lebih lanjut, elok lah rasanya aku ceritakan sikit asal usul serta bloodline ayam yang bersaiz jumbo ini. Baik...Kira-kira sebagai permulaannya, ayam ini secara rasminya dibeli daripada seorang otai ayam sabung yang tinggal di Shah Alam. Pada masa itu, otai kita ini tengah hangat melagakan Si Kelabu Api ini. Beliau yang pada mulanya keberatan untuk melepaskan ayam ini kepada aku akhirnya bersetuju apabila aku menggunakan khidmat seorang bomoh yang hebat di selatan Thailand...Gurau jer..Hihihi. Pendek cerita, pada ketika aku membeli ayam sabung batang kaki ini, dia telah menang sebanyak 2 kali dengan nilai kemenangan 3 ribu lebih.

Sisik yang saya tak pandai nak tengok...
Harap-harap ada la otai-otai kita yang sudi komen
Kalau mengikut abang otai kita itu, ayam yang mirip ayam ganoi Saigon dan ayam batang kaki Madagascar ini dibawa masuk dari negara Thailand melalui seorang lagi otai yang tinggal di Tumpat, Kelantan. Beliau berketurunan Siam dan banyak membekalkan ayam-ayam sabung berkualiti. Tapi, untuk keselamatan otai-otai ini dan ayam-ayam mereka, aku tidak dibenarkan untuk menyiarkan nama sebenar dan tempat tinggal mereka secara spesifik.

Susuh yang selari dengan jari belakang.
Kalau mengikut apa yang aku pasti, ayam batang kaki mempunyai sejarah keturunan yang agak panjang dan rumit. Kalau kita nak bercakap tentang darah, antara darah baka yang aku pasti ialah pakoi + madagascar + pama + panus. Itu yang diberitahu otai ayam sabung tadi. Namun, darah-darah baka itu perkara kedua bagi saya. Yang penting, gaya permainannya...Betul x?

Muka macam panus
Mengenai permainan ayam jumbo ini pula, bagi saya adalah yang terbaik yang ada di reban ASM...Jangan silap, di reban ASM. Bagi mereka yang belum berkesempatan melihat permainan ayam batang kaki jumbo ini, boleh lah menonton video klipnya di bawah. Apa yang saya amati, ayam ini mempunyai gaya permainan jalan, kilas, lentang @ serong, tembak dan ketip body. Sayang sedikit, ayam ini tidak mempunyai buah patah besar...Itu yang saya tahu sepanjang ayam ini berada di reban kami. Namun, saya cukup berpuas hati setakat ini kerana si jumbo ini mempnyai buah-buah dari baka-baka ayam seperti ayam pama ori, ayam panus, madagascar, dan pakoi. Ayam ini menang pun tidak la cepat sangat. Dalam 3 kali air setengah. Itu pun menang jalan...

Paruh, mata, dan kaki kotor @ tahi lalat
So, saya rasa itu saja yang saya nak info kepada saudara-saudara semua. Pada masa ini, kami sibuk dengan kedai yang baru buka. Aktiviti di reban pula banyak tertumpu kepada menjaga anak-anak si Tuah Kelabu Jumbo ini. Setakat hari ini, sudah ramai orang yang bertanyakan anaknya. Ada sesetengah itu mengatakan kami tidak mahu menjual anaknya...Bukan tak mahu jual abang-abang semua, tapi anak-anak ayam itu belum divaksinkan lagi. InsyaAllah esok saya akan update status anak-anak si jumbo ini. 



Round Pertama

Round Ketiga