Selamat Hari Raya Aidilfitri - ASM

Assalamualaikum Selamat Hari Raya Aidilfitri  semua...Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua. Setrusnya saya ingin memohon maaf zahir dan batin bukan sahaja sempena hari yang berbahagia ini tetapi juga untuk semua yang mengunjungi blog ini kerana sudah terlalu lama saya tidak mengemaskinikannya.

Banner pengganti signboard...Jimat kos bro!

Pelbagai jenis makanan untuk ayam sabung...


Saya berharap semua dapat memaafkan kami sempena Selamat Hari Raya Aidilfitri  kerana tidak mengupdate blog ini kebelakangan ini. Ini kerana saya terpaksa melayani kesibukan reban ASM dengan kerja-kerja pembukaan kedai baru ASM.


Stok perlu ditambah lagi...

Sangkar untuk penggemar burung...


Ya saudara saudari, demi kepentingan rakan-rakan dan pelanggan ASM, kami telah membuat keputusan untuk membuka sebuah kedai haiwan peliharaan ekzotik yang mengkhususkan kepada penjualan ayam-ayam sabung serta kelengkapan dan ubat-ubatan untuk ayam sabung. Kedai ini dinamakan RJ Ekzotik dan kini beroperasi 24 jam. Kedai ini terletak di alamat No. 1 Batu 11 1/2 Kilang Baru, Bukit Besar, 06800 Alor Setar, Kedah.

Beg ayam, ayam untuk ocok...import ni bro

Koleksi denak burung...


Kepada saudara yang meminati ayam sabung bolehlah mengunjungi kedai ini untuk mendapatkan baka-baka ayam batang kaki terbaru ASM. Bagi penggemar haiwan ekzotik atau burung-burung juga boleh melawat kedai kami kerana kami juga mempunyai stok burung-burung dan haiwan peliharaan lain.

Burung dan anak-anak sabung untuk dijual...

Alhamdulillah dengan kesempatan di bulan mulia ini, saya berprluang untuk memohon maaf kepada anda semua sekaligus mengumumkan pembukaan kedai ayam dan burung RJ Ekzotik. Jangan lupa bagi mereka yang berkesempatan atau berada di sekitar alor setar silalah kunjungi kedai kami. Di akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri