Sadly for now the typing software can understand English only |
Salam semua, Seperti yang sahabat semua tahu ASM selalu menggunakan Bahasa kebangsaan kita untuk artikel dan iklan kami selama ini. Namun dengan kehadiran baru ASM 2019 kami terpaksa menggunakan Bahasa inggeris untuk artikel atau pos tertentu. Kadang kala untuk artikel yang Panjang memang kami terpaksa menggunakan Bahasa inggeris.
Perkara ini terpaksa di lakukan kerana saudara Man RJ yaitu admin ASM hanya boleh menggunakan perisian menulis menggunakan suara dari windows. perisian ini hanya boleh beroperasi dengan arahan berbahasa inggeris sahaja buat masa ini. beliau tidak boleh bergerak atau lumpuh seluruh badan bermula dari leher kekaki. namun demi minat yang Jitu beliau masih berusaha untuk meneruskan perjalanan ASM.
Walau pun begitu ASM telah menyediakan butang alih Bahasa GTRANSLATE untuk memudahkan pembaca menukar Bahasa sekiranya artikel kami dalam Bahasa inggeris. Anda hanya perlu klik pada butang tersebut dan pilih Bahasa melayu atau Bahasa yang anda kehendaki. mudah saja kan ?
So kami harap pembaca semua jelas dengan perkara ini. kami juga ingin memohon maaf dengan masalah ini dan berharap saudara semua berpuas hati dengan usaha yang telah kami lakukan untuk kesenanagan semua. Sekali lagi kami mohon maaf jika perkara ini mengganggu konsentrasi pembaca semua.
Terima kasih.