Khamis, 15 Mac 2012

Jurnal 1





JURNAL 1(Kesilapan demi kesilapan)


                Ini merupakan kesempatan pertama untuk aku menulis jurnal ini. Terasa agak kekok juga rupanya untuk menulis jurnal. Ruangan jurnal ini sengaja aku wujudkan sebagai ruangan untuk aku meluahkan refleksi bagi setiap aktiviti, keputusan, rancangan dan hasil yang diperolehi sepanjang perjalanan projek ini. Ianya amat berguna untuk aku menilai prestasi dan kesan dari setiap tindakan yang aku buat dalam menjayakan projek Ayam Sabong ini.
                Kesilapan pertama yang aku lakukan semasa mula-mula aku jalankan projek ini ialah TANGGAPAN. Aku anggap aku boleh mendapatkan hasil yang baik jika aku menggunakan induk dan pembaka ayam yang biasa untuk projek aku ini. Alasannya, ayam ini lebih murah. Rupa pun lebih kurang sama sahaja. Jadi, aku pun merayau merata kampong untuk mencari induk dan pembaka jantan. Asal Nampak macam ayam sabung semua kubeli, aku tak kira dan ambil peduli tentang keturunan ayam-ayam ini. Bila bawa balik aku cuba “sparring” dengan ayam kawan, hasilnya amat-amat mengecewakan. Akibatnya aku terpaksa cari ayam lain. Ingat nak jimat, maklum lah nak save budget, last-last aku juga yang rugi. Kesimpulanya, bila cerita bab ternak-menternak binatang ni…..baka dan keturunan  wajib dari yang terbaik. Aku ulang sekali lagi …….PILIH BAKA DARI KETURUNAN YANG TERBAIK. 

Ni contoh ayam yang buat aku rugi …tengok rupa,badan,bulu dan ekor fuyoo….dasyat. memang cantik sangat. Tapi ini kalau nak bawak pi menyabong …….memang gerenti kalah. Sebabnya……hati dia ni bacul.
Ayam ni memang ayam sabong, taapi ayam ni dari baka yang dah campur dengan ayam tak sabong. Bapak dia sabong manakala induk dia ni tak tahu dari mana. Tu yang jadi macam ni….aku kena dua tiga ekoq jugak

 
Sesiapa yang nak menceburkan diri dalam bidang ni …..tolong ambik perhatian ,,,,,PILIH BAKA DARI KETURUNAN YANG TERBAIK. Memang baka yang baik agak mahal, tetapi kita tak perlu beli banyak ekor. Hasilnya nanti pasti memuaskan hati kita. Nak jual pun senang …….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan