Sabtu, 31 Mac 2012

JURNAL 2


JURNAL 2  ( Suatu Pengalaman )


                Setelah beberapa minggu aku dan rakan-rakan mencari ayam untuk projek ini, barulah kami sedar yang bukannya senang untuk mencari baka ayam yang berkualiti. Tambah-tambah lagi kami tidak mempunyai pengalaman langsung dalam perihal ayam sabong ni. Masing-masing hanya berbekalkan ilmu yang kami dapati dari cerita orang. Sesetengah dari orang ni pula tak pernah terlibat langsung dalam dunia ayam sabong, mereka pun dengar cerita orang juga. Disebabkan itu, bertambah-tambahlah kesalahan aku.
                Kesalahan atau kesilapan yang paling ketara ialah aku tak tahu ayam yang macam mana aku nak. Bila aku berurusan dengan pembiak ayam ketika urusan membeli ayam aku sering ditanya, nak ayam yang macam mana?, ayam batang kaki atau ayam hujung?, nak bulu macam mana?, nak saiz A,B atau C? dan macam-macam soalan lagi yang cukup untuk membuatkan aku tersengih macam kerang busuk. Bukannya apa, tersengih sebab lucu dengan kecerdikan diri sendiri, realitynya….aku tak faham langsung apa yang mereka tanya.
                Setelah dua tiga kali aku menghadapi situasi yang sama, aku sedar aku perlu bertanya pada orang yang lebih arif tentang ayam sabong. Aku pun mulalah mencari otai-otai ayam sabong untuk menimba ilmu dan pengalaman dari mereka.
                Semasa proses ini, sedikit demi sedikit aku mula faham tentang ilmu asas ayam sabong. Sebagai contoh, apa yang dimaksudkan ayam batang kaki (ayam yang hanya memukul pada kawasan pangkal leher hingga kepala dan pukulannya sangat kuat) dan apa yang dipanggil ayam hujung (ayam yang memukul di semua tubuh badan ayam dan menggunakan taji buatan seperti pisau atau besi). Aku juga mula faham tentang kategori saiz ayam iaitu A (4.0kg keatas), B (3.0kg – 3.9kg) dan C (2.9kg ke bawah). Ini adalah antara pengetahuan yang aku dapat, tapi aku tak pasti kesahihannya lagi. Walaubagaimanapun, pengetahuan ini sudah cukup baik untuk aku buat masa ini. Aku akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi ilmu aku pada masa hadapan.
                Selepas aku mendapat sedikit pengetahuan dari otai-otai ini, barulah aku mendapat gambaran yang lebih jelas tentang selok-belok ayam sabong. Aku juga telah dapat membuat keputusan tentang ayam yang macam mana aku nak gunakan bagi projek aku, yang akan aku namakan AYAM SABUNG MALAYA....
                Namun…jauh  di sudut minda, aku sedar yang usaha ini bukannya mudah untuk dilaksanakan, apatah lagi untuk mencapai kejayaan. Tetapi …….seseorang harus melakukannya. Untuk menjayakan wawasan ini aku harus menyelidik dan menimba segala ilmu pengetahuan yang diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan