SATU PERMULAAN


SATU PERMULAAN


                1 DISEMBER 2011 projek  Ayam Sabung yang telah aku rancangkan berjaya dimulakan. Setelah menghabiskan masa untuk mencari baka-baka ayam yang aku perlukan bagi memulakan projek aku ni. Bukan itu saja, sejumlah wang, tenaga dan akal fikiran terpaksa aku dan rakan-rakan korbankan. Rupa-rupanya, bukanya senang untuk mendapatkan induk serta baka ayam yang baik.
Semasa kami mencari-cari baka untuk projek ini, kami menempuhi pelbagai masalah. Pertamanya, penternak-penternak ayam sabung di tanah air kita tidak mempunyai system rekod bertulis untuk keturunan ayam mereka. Jika ada pun hanya mempunyai maklumat yang sangat asas. Kebanyakan dari mereka hanya dapat memberi tahu tentang umur ayam dan menunjukkan induk dan bapak pembaka yang mereka ada, itupun main agak-agak saja.
Kedua, mereka tidak mempunyai rekod bertulis berkaitan hal-hal penjagaan dan pengurusan ayam sabung mereka. Jika sesuatu terjadi kepada mereka, segala ilmu, pengalaman, teknologi dan asal usul baka ayam mereka akan lenyap begitu saja. Masalah akan timbul bagi pewaris mereka untuk meneruskan usaha yang mereka jalankan. Apa yang ditinggalkan hanyalah reban dan ayam. Ini kerana kebanyakan atau semua penternak ayam sabung hanya menyampaikan ilmu pengetahuan mereka secara lisan dan pemerhatian sahaja.
Ketiga, kebanyakan penternak terdiri dari golongan umur lewat 40an keatas. Factor ini menyebabkan mereka sukar untuk menerima pandangan, kaedah, teknologi dan fakta moden dalam bidang penternakan ayam sabung ini. Mereka juga tidak dapat mengaplikasikan teknologi baru kedalam pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka. Mereka masih menggunakan bahan dan cara tradisional dalam mengusahakan penternakan ini. Walaupun begitu, pernyataan ini bukanya bermaksud bahan dan cara tradisional ini tidak bagus, Cuma alangkah baiknya jika segala fakta dan teknologi moden ini digabungkan dengan pengetahuan dan pengalaman mereka.
Keempat, aku juga dapati yang penternak-penternak ayam sabung tanah air amat bergantung kepada ayam-ayam import ( THAILAND ). Induk dari sana, pembaka jantan dari sana, peralatan dari sana malah sudah menjadi satu trend untuk mengimport ayam untuk laga di “bon” juga dari sana. Fenomena ini akan menyebabkan segala aktiviti berkaitan ayam sabung merosot di tanah air kita. Kenapa saya mengeluarkan pernyataan ini…..? alasannya, jika kita lihat dari segi ekonomi, ayam yang di import adalah jauh lebih mahal dari yang di biakkan di sini. Jika hari ini harga seekor ayam import boleh mencecah dari RM 600 hingga RM 2000, bayangkan harganya sepuluh tahun akan datang. Berapa ramai yang mampu menanggung kos yang begitu tinggi bagi hobi ini. Persoalannya, kenapa setelah sekian lama kita masih perlu bergantung kepada THAILAND untuk mendapatkan ayam sabung?.  kenapakah mereka boleh menghasilkan ayam yang berkualiti dan cantik?. Sebabnya …. Kerana tiga sebab utama yang saya huraikan diatas.
Kesimpulannya, segala permasalahan yang aku huraikan di atas adalah cabaran bagi industri penternakan ayam sabung kita. Permasalahan diatas juga adalah cabaran bagi aku yang baru berjinak-jinak dengan ayam sabung. VISI projek aku adalah untuk menghasilkan ayam yang setanding dan lebih baik dari yang di import. MISI aku pula adalah untuk mencapai VISI dengan mengatasi masalah diatas melalui gabungan kaedah terkini dan tradisional. Aku juga perlu giat menimba ilmu dan pengalaman dari semua sumber sama ada dari dalam atau luar Negara.  
Harapan aku semoga projek ini akan membuahkan hasil. Aku juga amat berharap agar hasilnya akan memberi manfaat kepada bukan sahaja aku, malah kepada seluruh masyarakat khususnya peminat ayam sabung tanahair …. Insyaallah . wassalam ….   

Ulasan