Isnin, 18 Januari 2016

Ayam Batang Kaki Panus- Update 2016


Ayam Batang Kaki Panus- Update 2016

video

Salam sejahtera... Warga sabung di Malaya. Sepanjang hujung tahun 2015, aku amat kurang berkesempatan nak update blog ASM. Ini buka bermaksud semangat aku dah luntur ataupun kurang. Cuma aku kekurangan bahan dan agak sibuk dengan kedai kami yang baru di buka tahun lepas. Ya la bro nak cari makan. So, post kali ni akau akan update serba sikit pembaka panus yang kami bawak masuk awal tahun 2015. Pagi tadi, aku berkesempatan untuk bersparring ayam sabung batang kaki panus ini. Kalau mengiku rekod, ini kali ke-3 sparring. Kalau dari segi fizikal, ada menunjukkan peningkatan yang amat ketara terutama pada pukulan bawah dan serong. Mungkin juga ini kerana ayam batang kaki panus ini, dah menjangkau usia 13 bulan. Jika dibandingkan dengan sparring yang lalu, pada usia 9 dan 10 bulan, memang nampak ketara perbezaannya. Lawan yang digunakan hari tu pulak lebih besar darinya. Ini sengaja kami lakukan untuk melihat gaya permainan panus ini. Walaubagaimanapun, itu semua adalah pendapat peribadi aku. Aku berharap saudara semua sudi membaca pos Ayam Batang Kaki Panus- Update 2016 ini dan dapat memberikan komen.

Koleksi foto terkini
Ayam Batang Kaki Panus- Update 2016

Update Status
Baka : Panus
Bapa : Panus 100
Ibu : Trat
Jantina: Jantan
Berat : 3.6 - 3.8 kg
Dimiliki sejak Januari 2015
Tujuan : Pembaka







5 ulasan: