PANUS SAIGON 4X

Baka Batang Kaki Panus Saigon 4 X Menang

Terbaru dari ASM





Pembaka terbaru ASM 2016 - Pembaka Panus Saigon import ini telah 4x menang. Ia dimiliki oleh salah seorang Partner ASM. 



Sepanjang tahun lepas, pembaka ini digunakan untuk proses breeding bagi menghasilkan anak-anak jaguh dengan ibu Malau.


ASM telah berusaha untuk mendapatkan pembaka ini untuk proses upgrade di reban ASM. Ini bertujuan untuk menyambung program pembiakan baka Panus yang dimulakan pada tahun 2014-2015.


Alhamdulillah projek ini telah mula menampakkan hasil dan mungkin anak-anak kepada pembaka ini akan dibuka untuk jualan.  


Berdiri megah - Pembaka yang mantap dengan gaya permainan yang pelbagai. Ayam ini juga dilengkapi dengan pukulan yang bisa untuk menumbangkan jaguh lain di arena. Perlawanan terakhir iaitu perlawanan yang keempat telah dimenangi oleh Panus Saigon ini dengan taruhan 5K.