ASM Breeds 2016-2017


Salam sejahtera... Assalamualaikum saudara semua. Dah lama aku tak berkesempatan nak update blog ini. Ramai yang dah komplen... hihihi. Apa nak buat, tahun ni tah macam mana aku rasa kelam kabut sangat... Orang kedah kata kalut sangat. Rasa macam serba tak dan nak buat. Oleh sebab tu, aku nak mintak maaf banyak-banyak kat saudara semua.

So... dah ada kesempatan hari ni, aku nak cerita la sikit pasai A.S.M untuk 2016-2017. Tajuk yang aku rasa sesuai hari ni, ialah pasai baka dan pembaka baru Ayam Sabung Malaya. Tahun ni meriah sikit sebab dapat 4 pembaka baru yang akan digunakan di reban aku. Hari tu aku dah pos pasai pembaka PANUS SAIGON 4X... Hari ni aku nak share lagi 3 pembaka yang ada...

pama, brazil, pakhoy, trat, pama king, pakoi, ayam sabung
Pembaka Batang Kaki
Baka 4D  Pama Brazil Pakhoy Trat
Pembaka ni adalah pinjaman dari satu otai. Model ni lama sikit... Generasi pertama 4D. Lebih kurang 2-3 tahun sudah. Dia ni pon dah 2 kali bulu. Dia sendiri tak dak rekod sebab guna untuk breeding sahaja. Tapi baka dia (adik beradik dia) ada yang menang sampai 3X. Bapak dia menang 2X. So.. kalau nak baka besaq sikit ni la dia... Berat semasa 3.8 kg.

panus, karabao deng, jalak, eset, saigon,
Pembaka Batang Kaki
Baka 2D Panus Pama
Yang hensem ni pulak, baka 2D Panus Pama. Bapak dia asal Chiangrai menang 2X. Dibawa masuk ke Malaysia 2 tahun sudah. Yang ni tak besaq sangat. Saiz semasa 3 kg. Kita tengah proses dengan ibu Panus F2.

king, ratmonkhun,tong dara, toon, ayam ratu untuk dijual,
Ayam Ratu Batang Kaki
Baka Rotmonkhun
Yang ni... Pembaka ayam ratu. Ni syok sendiri ja... La ni orang gila sangat ayam ratu. Aku pon cari la sepasang. Yang jantan baka Rotmonkhun dan yang betina baka tong dara. Bapak Tong dara ni 4.6 kg. Saja nak bagi ada buat koleksi. Tapi hangpa jangan salah sangka... Pasangan ni semua baka batang kaki yang ada rekod bon. Selain dari rekod menang ayam ratu.

Soo... setakat ni saja yang aku dapat coretkan. Semoga pos ASM Breeds 2016-2017 ni dapat memberi info sedikit sebanyak tentang perancangan ASM untuk tahun ni dan tahun depan... Itu saja, Sekian... Apa-apa roger atau whatsapp 0195770117....

Wassalam...