Ayam Sabung Malaya Versi 2019™






Assalammualaikum Malaysia...
Selamat datang dan selamat bertemu kembali dalam arena peminat ayam baka sabung. ASM amat bersyukur kerana Berjaya membuat Come Back pada tahun ini. Ni kira macam kebangkitan semula bagi kami setelah menyepi selama hampir 3 tahun rasanya. Dalam tempoh ini bermacam masalah, rintangan dan kepayahan telah kami lalui dalam usaha meneruskan perjalanan ASM. Beberapa percubaan telah kami buat untuk meneruskan ASM tetapi tidak Berjaya hinggalah tahun ini.




ASM versi 2019...
Kepada saudara semua dalam post ini kami ingin mengumumkan kemunculan semula Ayam Sabung Malaya dalam arena peminat ayam sabung Malaysia. kebangkitan kami ini di namakan ASM versi 2019. antara ciri uniknya iyalah kami akan menyediakan topik kategori atau label baru untuk semua post pada masa depan. iyanya mempunyai tahun 2019 di ujung setiap item. ini bagi membezakan dengan label lama 2010-2016 yang masih kami kekalkan sebagai memory atau rekod untuk kenangan perjalanan ASM




Terima kasih kerana telah dan masih menyokong kami....
itulah yang kami sangat harapkan. untuk rancangan masa depan ASM akan bergerak ke arah yang lebih khusus dan fokus kepada ayam sabung batang kaki. namun kami juga akan menambah kategori lain sebagai tambahan kepada pembaca kami. sebagai contoh kategori alatan, ubat-ubatan,cendera hati dan mungkin juga ayam serama dan ayam ratu. namun kali ini ASM akan mendengar komen dan pandangan penyokong kami dahulu. ini mungkin akan dilaksanakan melalui forum komen atau sevei undian. Jadi selepas kita boleh lah Bersama-sama memajukan ASM. Dengan itu diharapkan saudara semua akan terus menyokong ASM pada masa depan. Teruskan membaca dan mengikuti blog ini untuk perbagai kandungan menarik mengenai ayam sabung dan ayam sabung batang kaki. Jangan lupa juga untuk melawati Facebook Ayam Sabung Malaya Fans dan Kampoi Malayan Fighting Rooster untuk post terbaru.

Sekian terima kasih